Sunday, November 9, 2008

:: Diriku Hari Ini ::

Time nih aku xltak lg title utk post nih....I'm not sure the suitable title for this post...
setelah membelek beberapa halaman blog, aku terpikat dengan kata-kata yang di utarakan oleh benni(nama pena blog tersebut). Antara kata-kata tersebut:

Ada kekuatan di dalam cinta
Orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat kerana ia bisa mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri.

Ada kekuatan dalam tawa kegembiraan

Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah tewas dengan tantangan dan cobaan

Ada kekuatan di dalam kedamaian diri

Orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah goyah dan tidak mudah diperkotak-katikkan.

Ada kekuatan di dalam kesabaran

Orang yang sabar adalah orang yang kuat kerana dia sanggup menanggung segala sesuatu dan tidak pernah merasa disakiti.

Ada kekuatan di dalam kemurahan

Orang yang murah hati adalah orang yang kuat Karena ia tidak pernah menahan mulut dan tangannya
Untuk melakukan yang baik bagi sesamanya.

Ada kekuatan di dalam kebaikan

Orang yang baik adalah orang yang kuat Karena ia bisa selalu mampu melakukan yang baik bagi semua orang

Ada kekuatan di dalam kesetiaan

Orang yang setia adalah orang yang kuat kerana ia bisa mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama manusia.

Ada kekuatan di dalam kelemah-lembutan

Orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat kerana dia bisa menahan diri untuk tidak membalas dendam dan menerima seadanya.

Ada kekuatan di dalam penguasaan diri

Orang yang bisa menguasai diri adalah orang yang kuat kerana ia bisa mengendalikan segala nafsu keduniawian.


Buat masa sekarang aku perlu mencari kekuatan diriku yang sebenar...aku perlu mencari diriku yang sebenar...dan yang paling penting aku mesti menjadi diriku yang sebenar....Perjalanan hidupku selama 23 tahun 7 bulan perlu diimbas kembali supaya aku tau bahawa hidupku kini amat bererti...tanpa semalam tiada aku hari ini, dan dengan hari ini terciptalah aku untuk hari esok...namun adakah esok masih ada untukku???hanya Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Mengetahui yang tau apa yang akan berlaku kepada diriku untuk saat dan detik yang akan datang...perjalanan hidupku selama hampir suku abad masih dirasakan kosong dan perlu diisi dengan pengetahuan dan pengalaman untuk bekalan perjalanan hidupku kelak....perjalanan hidupku masih jauh, dan sejauh mana perjalanan tersebut hanya Allah S.W.T. Yang Maha Mengetahui....


Pada saat ini aku merasakan diri ini terlalu kerdil, terlalu jauh dari kasih sayangNya...adakah aku telah lalai dari sentiasa mengingatinya...adakah aku terlalu ghairah mengejar ilmu dunia sehingga terlupa akan ilmu akhirat yang wajib juga aku tuntut...ataupun aku terlalu merendah diri sehinggakan apa yang kulakukan dirasakan tidak mencukupi dan perlu ditambah dan dipraktikkan sentiasa....

Perjuangan hidup perlu kuteruskan demi kebahagian dan kesejahteraan diriku dan keluargaku...Namun aku tidak mengerti adakah perlu untuk aku mementingkan diri sendiri demi mencapai matlamat diri tanpa merasa belas terhadap insan yang lain yang kadangkala juga mementingkan diri sendiri demi mencari kepuasan diri...Hakikat yang perlu kuterima, aku tidak mampu untuk menjadi orang yang sebegitu....aku juga tidak mampu untuk melihat orang lain sengsara diatas sikapku untuk mementingkan diri sendiri...aku tidak kuat....aku terlalu lemah untuk itu....

Aku perlu bernafas untuk diri sendiri...aku perlukan masa untuk diri sendiri..aku perlukan sokongan untuk menjadi diriku sendiri....aku perlu cari kekuatan yang ada dalam diriku...


YA ALLAH YA TUHANKU, LINDUNGILAH HAMBAMU INI DARI BISIKAN SYAITAN DAN IBLIS LAKNATULLAH...BIMBINGLAH AKU KE JALAN YANG BENAR DAN DIREDHAI OLEHMU...BERIKANLAH KEKUATAN KEPADAKU DALAM MENGHADAPI DUGAAN DAN CABARAN DALAM HIDUP INI....SESUNGGUHNYA HIDUP INI PENUH DENGAN UJIAN DARIMU YA ALLAH...TERIMALAH DIRIKU INI SEADANYA...TERNYATA DIRIKU TERLALU KERDIL DALAM MENGENALMU YA ALLAH...AMIN


Sunday, November 2, 2008

:: What Tree Did U Fall From??? ::

benda ni da lame bersarang kt folder aku...ms tgh susun file2 ku yg bersepah2 dlm laptop ni, tetibe jmpa la bnda ni....juz utk suka-suki...hehehe....



p/s: credit to miss irrise sbb bg bnda ni...hehe...promote sket....

Thursday, October 30, 2008

spotcheck.....

Beberapa jam yg lalu...hostel kn spotcheck..huhu..

Alkisahnye, walaupun aku ni dok U tp still dok hostel(bangga sbb xyah pk nak kn cr umah sewa..haha)...tp tetibe kroni aku msg ckp de spotcheck...pe lg akupn b'ssh payah la smpn iron, kettle n toaster aku...kisahny bkn sbb brg haram tp nak kn byr sewa la plak utk brg letrik....huhu...

tp sbenarnya aku nak cite ketidakpuasan hatiku terhadap byrn sewa brg letrik ni....ade ke ptt kettle-RM20,iron-RM20, ricecooker-RM25, radio-rm20,toaster-rm20...ni smua per semester...yg ricecooker tu per month..eh, aku xleh trime gak..sbbnye, dulu(sem lpas)aku byr xsmpi rm10 pn utk kesemua brg2 tersebut(radio, toaster, iron, kettle)...ni da melampau tahap xley tahan ni...huhu...sakit hati yg melampau...

tp yg bestnya, aku tringat zaman skolah dulu(scipp)...yela spotcheck kn....cnfm la brg haram...bila diingat blk nape ye skolah haramkn walkman (ms time aku la)..yela, skang org da xlyn walkman...plg2 command pn discman skang nih...credit to my beloved MP4..hehe...berbalik pd cite sbenar aku td....padahal, aku rs bnda tu wajib bg smua org....aku xdpt nak trime sbenarnya alasan supaya student2 ni xhilang fokus utk blaja...sbb tu l inspiration aku utk blajo skang nih...hahahha...pada ms yg sm tym sklh dulu aku ni la jgak antara org yg jlnkn spotcheck tuh...pdhl dlm hati xpuas hati gak....huhu...

Saturday, October 25, 2008

xbestnyeeeeee

bt pengetahuan smua...
stakat nih, idea xde la beb...
ade krisis dalaman yang perlu diselesaikan...
hmm...cuma nak mintak pendapat sket la kan...

kpd yang berminat..
andai kata sorg mamat nih tetibe antr msg jela kn kt frenster...
pastu tetiba makin lama jadi makin rapat lak...
yela aku ni source dia untuk dapatkan lagu2 baru..
tp aku xksh hal tu...
tp yang aku kisahnya...
mula2 msg2 je...pastu dia stat call..then skang makin kerap lak dia call aku...
cmne leh terbagi no phone????
bila nak ry ari tu terbagi lak no phone...hehehe...
actly br skali je brckp ngn dia...hahaha....
tp yg xbestnye..
dia ni ade awek tp awek dia dlm dilema skang....sama ada nak pilih dia ataupn lelaki yg sorg lg tu...
yg aku herannya mamat nih bt xtau je...dia kata tunggu jela kata putus pompuan tuh..
tp dia sayang pompuan tuh....hish, cmne ni eh..
n berbalik pd citer aku ni.....
aku ni dlm keadaan xbest...walaupun aku anggap mamat tu kwn je...
tp bila da asyik nak call je...aku pn rs xbest gak la...
alasannye senang je....call lg murah dr msg...hmm, pape jela...
yg penting aku xtau nak bt pe skang...
aku da seminggu xonline, da beberapa hari xreply msg mamat tu...n yg pntg skali aku seolah2 men-invisiblekan diriku ni...hmm...
komen2.....kwn2.....


Sunday, October 12, 2008

video

wanna grab some burger????

KEKUATAN SEORANG LELAKI



Kekuatan seorang lelaki itu bukan terletak pada ketegapan bahunya. Ia kelihatan kepada keluasan tangannya mengelilingi anda.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada suaranya yang dalam. Ia terletak pada kata-kata bisikannya yang lembut.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak kepada berapa ramai kawan-kawannya. Ia bergantung samada dia dapat menjadi kawan baik anak-anaknya.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada tahap dia dihormati ditempat kerja. Ia terletak pada tahap dia dihormati dirumahnya.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada kekuatannya memukul. Ia terletak pada sentuhannya yang lembut.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada bulu dadanya. Ia terletak di dalam HATInya ... yang mana berada didalam dadanya.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak kepada berapa ramai perempuan yang dicintainya. Ia terletak pada kesetiaan cintanya kepada seorang perempuan.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada berapa berat dia boleh mengangkat barang. Ia terletak pada beban yang boleh dia pikul.




very amazing picture...
tp xsure wujud semulajadi or diukir....